My Add

Sunday 20 November 2011

Himpunan Sejuta Umat siri jelajah negara

AHAD, 20 November, 2011:
HIMPUNAN Sejuta Umat (Himpun) akan mengadakan siri jelajah di Perak, Negeri Sembilan dan Johor pada bulan Disember dan Januari depan.

Bermula di Perak, di Stadium Indera Muda, Ipoh pada 17 Disember dan seterusnya di Negeri Sembilan pada 7 Januari serta Johor pada 28 Januari di lokasi yang belum diputuskan.

Pengerusi Bersama Himpunan, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ketiga-tiga negeri itu dipilih kerana kesediaan jawatankuasa di negeri berkenaan untuk melaksanakan program itu.

Beliau berkata, siri jelajah itu sebagai resolusi perhimpunan pertama di Shah Alam, Selangor pada 22 Oktober lepas bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai akidah serta menyemarakkan rasa sayang kepada agama Islam.

Azmi meminta supaya tidak ada pihak yang cuba mempolitikkan himpunan itu kerana ia diadakan untuk memberi kesedaran kepada semua umat Islam mengenai isu Murtad yang semakin berleluasa.

Himpunan anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam itu bagi menyampaikan mesej kepada pelbagai pihak mengenai isu-isu memurtadkan umat Islam di negara ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment