My Add

Sunday 20 November 2011

Integrasi ekonomi ASEAN-Asia Timur dikaji – Mustapa

AHAD, 20 November, 2011:
ASEAN dan rakan-rakan dialog sedang mengkaji perluasan integrasi ekonomi dengan melihat kemungkinan untuk mewujudkan hanya satu perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara pertubuhan serantau itu dengan kesemua rakan perdagangannya di kawasan Asia Timur.

Pada masa ini, ASEAN telah mewujudkan FTA secara berasingan dengan enam rakan dialog di kawasan Asia Timur iaitu FTA ASEAN-China (2005), FTA ASEAN-Korea (2006), FTA ASEAN-Jepun (2009), FTA ASEAN-India (2010) dan FTA ASEAN-Australia dan New Zealand (2010).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, untuk memastikan pemusatan ASEAN dikekalkan dalam proses perluasan itu, menteri-menteri ekonomi ASEAN telah menggariskan satu set prinsip umum dalam usaha memperluas dan memperdalam hubungan ASEAN dengan rakan-rakan FTAnya.

Sehubungan itu, Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19 di sini, katanya, telah memperakukan Rangka Kerja Serantau bagi Kerjasama Komprehensif.

Para pemimpin pertubuhan serantau itu juga telah memperakukan pelan kerja bagi ASEAN untuk mewujudkan rangka kerja ASEAN Campur Satu FTA, dengan mengambil kira Kawasan Perdagangan Bebas Asia Timur (EAFTA - ASEAN 3) dan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (ASEAN 6), katanya kepada wartawan Malaysia di Nusa Dua, Bali. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment