My Add

Monday 21 November 2011

ISA: Jawapan Hishammuddin hanya ‘lepas diri’

Riduan Mohd Nor
ISNIN, 21 November, 2011:
DEWAN Pemuda Pas (DPP) Malaysia anggap kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggambarkan 13 individu yang ditahan di Tawau, Sabah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

“DPP Malaysia menganggap kenyataan Datuk Seri Hishamuddin sebagai jawapan ‘melepas diri’," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).

Katanya, DPP Malaysia berpandangan, jawapan Hishammuddin tidak konkrit bagi menjustifikasikan kumpulan 13 ditahan di bawah ISA.

Menurutnya, sekadar menuduh tanpa proses pengadilan di mahkamah bukan suatu alasan mereka boleh dihukum.

Justeru, DPP Malaysia mempersoalkan Hishammuddin, sekiranya benar mereka berbahaya terhadap keselamatan negara dan serantau, mengapa perlu di tangkap di bawah ISA.

“Mengapa mereka tidak didakwa di mahkamah terbuka bagi membuktikan mereka benar-benar bersalah dan berbahaya?

"Buktikan kesalahan mereka satu persatu dan bongkarkan kegiatan mereka agar menjadi teladan kepada golongan seperti mereka.

"Jika pembunuh bersiri termasuk episod pembunuhan kejam model Mongolia, Altantuya Shaaribu serta Datuk Sosilawati masih diberikan proses pengadilan di mahkamah, mengapa tidak kumpulan 13 juga didakwa di mahkamah yang sama.

“Nampaknya kumpulan 13 lebih berbahaya daripada pembunuh bersiri, walaupun jenayah yang dituduh masih belum dilakukan lagi,” tegasnya. - Harakahdaily

No comments:

Post a Comment