My Add

Thursday 17 November 2011

Jangan jual lesen perniagaan kepada warga asing: Muhyiddin

KHAMIS, 17 November, 2011: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan, peniaga-peniaga tempatan yang menjual lesen perniagaan mereka kepada warga asing akan berdepan dengan tindakan tegas.

Menurutnya, pihak berkuasa yang membiarkan warga asing berniaga tanpa ada penguatkuasaan juga tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan sewajarnya.

''Kerajaan memberi keutamaan memberikan lesen kepada rakyat tempatan untuk mereka menjalankan perniagaan, bukan kepada warga asing.

''Persoalannya, macam mana boleh berlaku (warga asing berniaga), siapa yang membenarkannya? Kenapa tidak ada tindakan?," tanya beliau

Muhyiddin memberi peringatan demikian sebagai jawapan kepada pertanyaan seorang belia pada sesi dialog sempena majlis sepetang bersama belia Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut laporan media, pada sesi dialog itu juga, Muhyiddin menyambut baik cadangan untuk memberi pelepasan cukai kepada syarikat-syarikat korporat yang memberi sumbangan kepada persatuan belia negara ini.

Katanya, semua persatuan belia di seluruh negara perlu mengadakan perbincangan secara bersama mengenai perkara tersebut sekali gus menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pertimbangan beliau.

''Kalau boleh dilaksanakan (pelepasan cukai) mungkin lebih banyak syarikat dapat bantu badan-badan belia.

''Persatuan Belia Wilayah Persekutuan boleh mengambil inisiatif untuk memanggil semua persatuan belia lain seluruh negara bagi berbincang mengenai perkara ini seterusnya menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri dan saya akan memberi sokongan sepenuhnya," katanya.

No comments:

Post a Comment