My Add

Saturday 19 November 2011

Kabinet tidak bincang pinjaman kepada NFC: Noh Omar

SABTU, 19 November, 2011: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, mengesahkan bahawa pinjaman kepada syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) tidak dibincangkan Kabinet, sebaliknya dibincangkan di bawah Jawatankuasa Projek-projek Berimpak Tinggi. 

Beliau berkata, perkara itu dibentangkan kepada jawatankuasa berkenaan yang kemudiannya mengkaji serta memberi kelulusan pinjaman kepada NFC.

"Rafizi (Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli) tidak faham, nak dedahkan di Kabinet apa kalau ia tidak dibawa ke Kabinet. Ia hanya dibawa ke jawatankuasa itu saja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Selangor di Stesen Mardi, Jalan Kebun, Klang, hari ini.

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Rafizi kepada kerajaan supaya mendedahkan kertas mesyuarat jemaah menteri berhubung keputusan kerajaan menganugerahkan projek lembu fidlot NFC dan pemberian pinjaman RM250 juta kepada syarikat yang diterajui anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, itu. 

Rafizi dilaporkan berkata, perkara itu perlu dijelaskan untuk memastikan sejauh mana pembabitan Shahrizat dalam proses menganugerahkan projek berkenaan kepada NFC yang diketuai suami beliau, Datuk Seri Dr Mohammad Salleh Ismail, sebagai pengerusi eksekutif. 

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya selain wujud dakwaan pembelian kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur yang dikatakan menggunakan wang NFC. 

Mohamad Salleh, dalam penjelasannya kelmarin, berkata projek berkenaan berjaya menepati sasaran awal dan menafikan dakwaan pembangkang kononnya ia berada dalam keadaan tidak terurus. 

Pada masa sama, beliau memberitahu keputusan NFC membeli kondominium di Bangsar menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu juga satu langkah bijak dalam mengukuhkan kewangan syarikat itu. 

Dalam perkembangan lain, Noh berkata sepanjang 10 bulan pertama tahun ini kementerian melalui jabatan dan agensinya sudah membelanjakan lebih RM150.92 juta bagi menjayakan pelbagai program untuk membangunkan industri agro makanan di Selangor. 

Beliau berkata, perbelanjaan itu digunakan untuk membangunkan infrastruktur, pembayaran subsidi dan insentif serta program ekonomi masyarakat petani serta nelayan. 

Selain itu Noh berkata, daripada pengeluaran pinjaman pula, Agro Bank yang juga agensi di bawah kementerian itu, sudah mengeluarkan pinjaman berjumlah RM318.4 juta pada tahun ini kepada peminjam di Selangor. 

Katanya, bagi TEKUN Nasional pula dari 1998 hingga September lalu, sejumlah RM261.18 juta sudah dikeluarkan kepada 21,461 peminjam di negeri ini. 

Mengenai keengganan kerajaan Selangor memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan sektor pertanian di negeri ini, beliau berkata kedua-dua pihak perlu bergerak seiring jika ingin melihat pembangunan sektor pertanian berkembang lebih cepat serta memberi faedah kepada rakyat. 

"Ini kerana dari segi pembangunan sektor pertanian kita tidak boleh lari daripada penggunaan tanah dan kita tahu ia adalah hak milik kerajaan negeri sementara kerajaan pusat hanya ada dana dan peruntukan. 

"Kerana itu kalau kerajaan negeri seperti Selangor lebih banyak nak main politik dan tidak boleh bekerjasama dengan kita, yang akan rugi ialah rakyat," katanya. 

1 comment:

  1. Anda mencari pinjaman bisnis, pinjaman pribadi, pinjaman rumah, mobil
    Pinjaman, pinjaman mahasiswa, pinjaman konsolidasi utang, pinjaman tanpa jaminan, modal ventura, dll .. Atau apakah Anda menolak pinjaman oleh bank atau keuangan
    lembaga untuk satu atau lebih reasons.You di tempat yang tepat untuk
    solusi pinjaman Anda! Saya pemberi pinjaman pribadi, saya memberikan pinjaman kepada
    perusahaan dan individu pada tingkat bunga rendah dan terjangkau
    2%. Bunga. Silahkan hubungi kami melalui email newdaytonloancompany@gmail.com.

    terima kasih,
    mrs soniaApakah Anda mencari pinjaman bisnis, pinjaman pribadi, pinjaman rumah, mobil
    Pinjaman, pinjaman mahasiswa, pinjaman konsolidasi utang, pinjaman tanpa jaminan, modal ventura, dll .. Atau apakah Anda menolak pinjaman oleh bank atau keuangan
    lembaga untuk satu atau lebih reasons.You di tempat yang tepat untuk
    solusi pinjaman Anda! Saya pemberi pinjaman pribadi, saya memberikan pinjaman kepada
    perusahaan dan ilembaga untuk satu atau lebih reasons.You di tempat yang tepat untuk
    ndividu pada tingkat bunga rendah dan terjangkau
    2%. Bunga. Silahkan hubungi kami melalui email newdaytonloancompany@gmail.com.

    terima kasih,
    mrs soni

    ReplyDelete