My Add

Saturday 12 November 2011

Kaedah agihan bantuan sudah dikenal pasti: Najib


NAJIB (tengah) mengadakan sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


SABTU, 12 November, 2011: Isi rumah yang berpebdaparan kurang daripada RM3,000 tentu gembira setelah kerajaan kenal pasti beberapa kaedah yang sesuai bagi mengagihkan bantuan itu kepada mereka.

Kaedah itu, menurut Datuk Seri Najib Tun Rzak, akan memastikan proses pengagihan bantuan tersebut berjalan lancar dan sampai kepada kumpulan sasaran.

Seperti yang diumumkan pada Bajet 2012 lalu, bantuan itu dijangka diagihkan pada Januari tahun depan.

"Ini penting supaya kumpulan sasar yang menerima bantuan ini menyedari ia adalah pemberian dan sumbangan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata 
Perdana Menteri, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu, Najib mengumumkan insentif tunai berjumlah RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan membantu menangani kesulitan golongan berpendapatan rendah.

Bercakap mengenai mesyuarat Majlis Tertinggi BN, Najib berkata, ia memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan jentera parti sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Katanya, ia termasuk menekankan betapa penting bagi setiap parti komponen BN kembali kepada semangat hormat menghormati antara satu sama lain dan setiap parti komponen perlu berpegang kepada kecenderungan membincangkan sesuatu isu yang ada kepentingan bersama dalam suasana tertutup.

"Ini bagi memastikan BN mencapai kata sepakat atau konsensus dalam menangani apa jua isu sama ada yang sensitif atau sebaliknya.

"Ada masa kita perlu membuat kenyataan secara terbuka dalam apa jua isu tetapi kita perlu berhati-hati supaya ia tidak menyentuh sensiviti parti atau pihak lain atau sehingga boleh mendatangkan kerugian kepada kita," katanya.


No comments:

Post a Comment