My Add

Wednesday 16 November 2011

Kerajaan berusaha lindungi tanah hak milik Orang Asli – PM

RABU, 16 November, 2011: Kerajaan akan berusaha melindungi tanah hak milik Orang Asli daripada dicerobohi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Kita mesti buat survei (ukur) dan kita mesti gazetkan tanah-tanah ini supaya harta Orang Asli ini kita dapat lindungi, kita dapat pertahankan,” kata beliau semasa melakukan lawatan kerja dalam Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan 3 di Perkampungan Orang Asli Banting, hari ini.

Najib berkata, langkah mewartakan tanah milik Orang Asli itu akan dilaksanakan menerusi pindaan Akta Orang Asli 1954 serta dirunding dengan kerajaan-kerajaan negeri, lapor Bernama.

Perdana Menteri berkata, kerajaan Pusat akan terus mempertahankan dan membela nasib Orang Asli dan akan mengaturkan pertemuan serta dialog antara mereka dan kerajaan-kerajaan negeri.

Semasa ditemui pemberita kemudian, Najib yang ditanya sama ada masalah pencerobohan tanah Orang Asli itu serius, berkata, ia bukan satu masalah serius tetapi tanah demikian perlu dilindungi. 

No comments:

Post a Comment