My Add

Sunday 20 November 2011

Kerajaan Pas perlu atasi masalah kualiti air di Kelantan

AHAD, 20 November, 2011:
KERAJAAN Pas Kelantan perlu bertindak segera bagi mengatasi masalah kualiti air di negeri itu, bukan sekadar memastikan kesihatan penduduk terjaga malah bagi menarik serta mengekalkan pelabur.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan Pas Kelantan perlu memastikan kualiti air yang dibekalkan kepada rakyatnya sama dengan negeri lain kerana data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 menunjukkan kualiti air bersih di negeri ini adalah yang tercorot.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu berkata, kualiti air amat penting kerana ia boleh mencetuskan penyakit berjangkit kepada rakyat.

"Kalau kita lihat statistik Jabatan Kesihatan Negeri, penyakit berpunca daripada air di kelantan cukup tinggi, sudah pasti ia menyebabkan penyakit tertentu akan merebak, kita minta pihak berkenaan supaya mengambil tindakan segera, kalau nasi sudah jadi bubur, tidak guna lagi,” katanya.

Mustapa berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan Sokongan Jabatan Pelajaran Negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga hari ini apabila diminta mengulas laporan akhbar tempatan mengenai kualiti air bersih di Kelantan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment