My Add

Tuesday 22 November 2011

Kes cabar Bersih 2.0 pertubuhan haram ditangguh 29 Mac

SELASA, 22 November, 2011:
PERMOHONAN anggota Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) termasuk pengerusinya, Datuk S.Ambiga untuk mencabar perintah Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai lalu yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai pertubuhan haram ditangguh sehingga 29 Mac tahun depan.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini membenarkan permohonan Ambiga untuk menangguhkan kes yang sepatutnya didengar oleh Hakim Datuk Rohana Yusuf hari ini kerana pihak pemohon memerlukan masa untuk membalas afidavit jawapan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara (KPN).

Peguam Kanan Persekutuan, Munahyza Mustafa yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan KPN berkata, responden pertama dan kedua telah memfailkan afidavit jawapan masing-masing pada 1 November lalu.

Pada 8 Julai lalu, jawatankuasa berkenaan memfailkan semakan kehakiman untuk membatalkan perintah bahawa pertubuhan itu adalah haram. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment