My Add

Wednesday 16 November 2011

Kongres Nasional PKR di Johor Bahru pada 25-27 November

RABU, 16 November, 2011:Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijadualkan menganjurkan Kongres Nasional di Johor Bahru dari 25 hingga 27 November, kata naib presidennya, Tian Chua.

Beliau berkata, kira-kira 2,000 delegasi parti dan pemerhati akan menghadiri kongres tiga hari itu yang akan diadakan di Pulai Spring Resort di Johor Bahru, bermula dengan mesyuarat agung tahunan sayap Pemuda dan Wanita pada 25 November.

"Tumpuan kongres ini adalah tentang pilihan raya umum akan datang. Kami bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya.

Pada asasnya ia adalah kongres pilihan raya bagi kami,” katanya apabila dihubungi Bernama..

Katanya, Johor dipilih sebagai hos berdasarkan sistem penggiliran yang diamalkan oleh parti untuk mengadakan kongres nasional parti.

"Kami tidak pernah menganjurkan kongres di Johor. Sehubungan itu, ia diputuskan masa terbaik untuk kita berbuat demikian tahun ini. Lebih-lebih lagi Johor adalah kawasan baru bagi perjuangan kami,” tambahnya. 

No comments:

Post a Comment