My Add

Sunday 20 November 2011

KPN minta orang ramai kemuka idea kurangkan jenayah

AHAD,20 November, 2011:. -
KETUA Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta orang ramai yang mempunyai sebarang cadangan atau idea baru yang boleh digunakan untuk mengurangkan indeks jenayah supaya menyalurkannya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ismail berkata, sebarang cadangan boleh dikemukakan kepada ketua polis daerah dan negeri, melalui Pegawai Perhubungan Awam PDRM atau laman sosial ”Facebook”.

"Kalau ada sesiapa hendak bagi idea baru mungkin benda yang kita tidak pernah terfikir, kita akan laksanakan dan akan memberi individu tersebut hadiah sebagai cenderahati,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Kesedaran Jenayah Peringkat Negeri Selangor semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment