My Add

Thursday 17 November 2011

Lebih banyak pusat komuniti kesihatan mental

PUTRAJAYA 17 Nov. - Kementerian Kesihatan bercadang membuka lebih banyak Pusat Komuniti Kesihatan Mental sebagai usaha untuk memperluaskan perkhidmatan kesihatan mental di negara ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, statistik menunjukkan pesakit mental di seluruh negara kini meningkat dari 10 peratus kepada 11.2 peratus, lapor Bernama.

"Kita bercadang untuk membuka lebih banyak Pusat Komuniti Kesihatan Mental di kawasan-kawasan lain agar ia dapat menyediakan perkhidmatan kesihatan mental di peringkat komuniti.

"Namun, kita akan mengkaji keberkesanan serta penerimaan masyarakat terhadap Pusat Komuniti Kesihatan Mental pertama yang dibuka hari ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Kesihatan Putrajaya dan Pusat Komuniti Kesihatan Mental di kuarters kerajaan di Presint 11 Putrajaya, hari ini.

Tiong Lai berkata, pusat itu menyediakan suasana lebih mesra dan lain daripada suasana hospital biasa bagi memastikan pesakit menerima rawatan dalam suasana yang lebih mesra dan berbeza daripada perkhidmatan kesihatan mental yang terdapat di hospital.

"Pusat Komuniti Kesihatan Mental itu akan memudahkan masyarakat mendapatkan khidmat kesihatan mental seperti terapi psikologi, kaunseling dan maklumat pendidikan kesihatan di samping meningkatkan daya upaya dan potensi pesakit dalam komuniti,” katanya. 

No comments:

Post a Comment