My Add

Thursday 10 November 2011

LIMA 2011: 403 syarikat dari 35 negara sahkan penyertaan

KHAMIS, 10 November, 2011: Edisi ke-11 Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA 2011) Disember ini bakal menjanjikan yang terbaik berikutan jumlah penyertaan pempamer meningkat 25 peratus berbanding LIMA 2009. 

Bernama memetik Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai beliau berkata, LIMA 2011 yang akan berlangsung di sini dari 6-10 Disember ini mengalami peningkatan menyeluruh daripada aspek penyertaan pempamer, pesawat dan kapal.

Sebanyak 403 syarikat dari 35 negara telah mengesahkan menyertai LIMA 2011 iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus daripada LIMA 2009, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan LIMA 2011 dengan agensi-agensi yang terbabit dengan pameran itu di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, penyertaan pesawat bagi segmen udara kali ini meningkat kepada 26 buah berbanding 11 pada 2009 dan antara pesawat yang mengambil bahagian ialah Sukhoi (Malaysia), F-18 Super Hornet (Australia) dan Eurofigther Typhoon (UK).

Bagai segmen maritim di Awana Porto Malai pula akan mempamerkan kapal selam kedua negara, KD Tun Abdul Razak dan 11 buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia serta 12 kapal perang luar negara termasuk kapal pemusnah USS Wilbur dari Amerika Syarikat, RSS Supreme (Singapura) dan HMAS Glenelg (Australia), katanya.

Beliau berkata, seramai 38,000 pengunjung perdagangan dan 45,000 orang awam dijangka mengunjungi pameran tersebut.

No comments:

Post a Comment