My Add

Saturday 19 November 2011

Malaysia catat 5.8% pertumbuhan KDNK suku ketiga

Dr. Zeti Akhtar Aziz
JUMAAT, 18 November,2011: Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi pada 5.8 peratus pada suku ketiga berbanding 4.3 peratus pada suku kedua berikutan permintaan domestik yang lebih kukuh, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz hari ini.

Beliau berkata, permintaan kukuh dipacu oleh pengembangan dalam perbelanjaan isi rumah dan perniagaan serta perbelanjaan sektor awam yang lebih tinggi, lapor Bernama.

Permintaan domestik berkembang sebanyak sembilan peratus daripada 5.6 peratus pada suku kedua didorong oleh peningkatan dalam perbelanjaan sektor swasta dan perbelanjaan sektor awam yang lebih tinggi, kata beliau pada sidang akhbar mengenai prestasi suku ketiga ekonomi Malaysia.

Zeti berkata, penggunaan meningkat sebanyak 7.3 peratus berbanding 6.4 peratus pada suku kedua seiring dengan pertumbuhan pendapatan yang memberangsangkan, manakala penggunaan awam bertambah 21.7 peratus daripada 6.6 peratus pada suku kedua berikutan perbelanjaan lebih tinggi terhadap emolumen, bekalan dan perkhidmatan serta pembayaran bonus semasa suku berkenaan. 

No comments:

Post a Comment