My Add

Thursday 17 November 2011

Malaysia ulangi sokongan Timor Leste sertai ASEAN

KHAMIS, 17 Novembr, 2011: Malaysia mengulangi sokongannya untuk Timor Leste menjadi negara anggota ke-11 ASEAN.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman melahirkan sokongan Malaysia terhadap permohonan rasmi Timor Leste untuk menyertai kumpulan serantau itu pada mesyuarat kesembilan Majlis Penyelarasan ASEAN di Nusa Dua Bali, hari ini.

Malaysia katanya, mempunyai pandangan bahawa permohonan Timor Leste perlu mendapat pertimbangan khusus memandangkan negara itu memenuhi kriteria geografi yang ditetapkan dalam piagam ASEAN. Timor Leste terletak antara Indonesia dan Australia, lapor Bernama.

Ketika perbincangan mengenai permohonan Timor Leste, Menteri-Menteri Luar ASEAN bersetuju untuk mempertimbangkan lebih lanjut mengenai semua aspek yang relevan berkaitan permohonan serta kemungkinan implikasinya terhadap ASEAN. 

No comments:

Post a Comment