My Add

Friday 18 November 2011

MB Selangor pertahan gaji Pengurus Besar PKNS

Khalid Ibrahim 
KHAMIS, 17 November, 2911: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap jumlah bayaran gaji kepada Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta dalam tempoh dua tahun sebagai munasabah.

Menurut beliau, bayaran itu dianggap setimpal dengan beban kerja dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh seorang pengurus besar dalam menjaga aset syarikat milik kerajaan negeri, lapor Utusan Malaysia.

"Jumlah gaji yang diterima adalah munasabah dan setimpal dengan bebanan kerja asalkan tidak ada berlaku rasuah dan penyelewengan.

"Gaji pengurus tertinggi GLC (syarikat milik kerajaan) Persekutuan pun ada yang mencecah RM1 juta setahun dan saya tidak kisah kerana faham bebanan kerja mereka," katanya ketika sesi penggulungan Bajet Selangor 2012 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam, semalam.

Selain itu, Abdul Khalid menjelaskan, pemberian bonus kepada Pengurus Besar PKNS yang turut dipertikaikan sebelum ini akan dipertimbangkan pihaknya untuk dinilai semula.

Sebelum ini, Ketua pembangkang Selangor, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman dilaporkan mempersoalkan bayaran gaji dan bonus kepada Pengurus Besar PKNS berjumlah RM1.4 juta bagi tempoh dua tahun yang disifatkan 'tidak masuk akal'.

Menurutnya, berdasarkan perangkaan 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus yang kesemuanya berjumlah RM640,000 dan pada 2010 pula RM760,000.

No comments:

Post a Comment