My Add

Monday 14 November 2011

MB Terengganu buat laporan polis difitnah ditangkap khalwat

ISNIN, 14 November, 2011: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said membuat laporan polis berhubung fitnah kononnya beliau ditangkap khalwat. 

Menurt Bernama, laporan itu dibuat oleh Setiausaha Politik beliau, Wan Ahmad Nizam Wan Hakim di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira 3.35 petang tadi.

"Saya diarah untuk membuat laporan polis berhubung fitnah itu, dan bersama ini saya serahkan bahan cetak fitnah tersebut (kepada polis) bagi membantu siasatan," kata Wan Ahmad Nizam kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Katanya pihaknya meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas individu yang melakukan perbuatan memfitnah itu. 

Sebelum ini, Ahmad berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau kononnya ditangkap khalwat. 

No comments:

Post a Comment