My Add

Monday 21 November 2011

MCA cabar pembangkang adakan pilihan raya serentak

ISNIN, 21 November, 2011:
MCA mencabar kerajaan negeri PKR-DAP-Pas untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Pemudanya, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Beliau berkata, pakatan pembangkang sebenarnya tidak bersedia menghadapi Barisan Nasional (BN) dan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum.

"Adakah anda semua bersedia menghadapi Barisan Nasional pada pilihan raya negeri? Keengganan anda berbuat demikian menunjukkan anda sama ada tidak bersedia untuk menghadapi BN dan anda telah gagal memenuhi janji-janji pilihan raya.

” Dengan demikian, anda tahu bahawa anda tidak dapat bertanding dalam pilihan raya serentak,” kata beliau dalam kenyataan di sini.

Katanya, jika kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor sesungguhnya bersedia menghadapi calon BN dan Bebas dalam pilihan raya, mereka tidak payah mempolitikkan untuk menangguhkan pilihan raya negeri sebagai taktik terhadap lawannya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment