My Add

Tuesday 15 November 2011

Media baru, tradisional berperanan perkukuh demokrasi

SELASA, 15 Novmbr, 2011: Media baru dan media tradisional masing-masing memainkan peranan yang cukup penting dalam usaha memperkukuhkan amalan demokrasi di negara ini.

Pengarang Politik akhbar The Sun, Zainon Ahmad berkata demokrasi boleh diperkukuhkan melalui pemberian kebebasan kepada rakyat untuk memperoleh seberapa banyak maklumat yang mungkin bagi membolehkan mereka membuat pilihan mengenai sesuatu isu itu.

"Dalam demokrasi, kita perlu melalui pilihan raya dan untuk melaksanakan pilihan raya, kita perlu pilih calon dan parti. Tapi kalau tidak ada maklumat yang lengkap mengenai calon dan parti, macam mana nak pilih? Justeru, maklumat adalah satu kemestian," katanya dalam program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24 di sini semalam.

Zainon berkata dengan adanya maklumat-maklumat penting itu, ia berupaya membantu rakyat membuat pilihan yang bijak.

Beliau juga berkata amalan monopoli oleh sesetengah syarikat berita yang memiliki stesen televisyen, radio, dan surat khabar harus dihapuskan kerana ia bukan satu trend yang sihat.

"Amalan monopoli sedemikian bukan saja tidak membantu usaha memperkukuhkan demokrasi bahkan juga mengekang kepelbagaian pandangan yang berbeza-beza," katanya. 

No comments:

Post a Comment