My Add

Friday 11 November 2011

Melayu jadi minoriti jika berpecah belah, kata Dr Mahathir

JUMAAT, 11 November, 2011: Orang Melayu akan menjadi kumpulan minoriti yang tidak mampu memperjuangkan hak mereka jika mereka terus berpecah belah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sambil menyatakan orang Melayu kini berpecah kepada tiga kumpulan, bekas Perdana Menteri itu berkata, hanya dengan bersatu, orang Melayu boleh menjadi kumpulan majoriti yang berkesan untuk bertindak memelihara kepentingan mereka.

"Dulunya orang Melayu bersatu dalam satu parti hingga berjaya menentang (rancangan penubuhan) Malayan Union,” katanya semasa menjawab soalan peserta yang hadir pada syarahan perdana oleh beliau bertajuk “Pembinaan Tamadun dan Budaya Masyarakat Malaysia Ke Arah Pembentukan Sebuah Negara Maju”, semalam.

Dr Mahathir, 85, berkata, suara orang Melayu akan tenggelam jika mereka berpecah menjadi beberapa kumpulan minoriti dan memerlukan sokongan pihak lain untuk mencapai hasrat perjuangan mereka memelihara bangsa sendiri. 

No comments:

Post a Comment