My Add

Tuesday 22 November 2011

Muhyiddin lawat Kedah Khamis ini 21/11/2011 6:38pm

SELASA, 22 November, 2011:
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Kedah Khamis ini, menurut kenyataan pejabat Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Pulau Pinang sebelah pagi, kemudian ke ke Pekan Sungai Lalang, Merbok dekat Sungai Petani, bagi menghadiri program Sarapan Pagi 1Malaysia bersama Rakyat tempatan.

Selepas itu, beliau akan menghadiri perjumpaan khas Timbalan Perdana Menteri bersama guru-guru sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah menengah kebangsaan agama, sekolah agama rakyat, sekolah agama negeri dan pesara guru di Dewan Perdana Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok.

Seterusnya, Muhyiddin akan menunaikan solat Zohor di Masjid Al-Irsyad, Serdang, Bandar Baharu sebelum menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia dan Penyerahan Simbolik Wang RM100 kepada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah agama serta cek pinjaman Tekun Nasional Parlimen Kulim Bandar Baharu di Dataran Serdang.

Timbalan Perdana Menteri juga akan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato” Lela Pahlawan, Padang Serai sebelum menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan dan Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri dengan kepimpinan masyarakat Badan Bukan Kerajaan (NGO) seluruh Kedah dan penduduk setempat di Taman Mutiara, Padang Serai. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment