My Add

Wednesday 16 November 2011

Najib sampai amanat kepada Pemuda, Puteri UMNO Ahad ini

RABU, 16 November, 2011: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak buat julung kalinya akan menyampaikan amanat penting kepada anggota Pemuda dan Puteri pada 20 November ini, sebelum Perhimpunan Agung UMNO 2011 berlangsung. 

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata amanat itu yang akan disampaikan Najib di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula jam 1 tengah hari, antara lain sebagai persediaan kepada sayap-sayap Pemuda dan Puteri UMNO yang mewakili generasi muda menghadapi persidangan UMNO pada 29 November hingga 3 Disember ini.

"Amanat ini adalah bertepatan pada waktunya memandangkan persidangan kali ini mungkin merupakan Perhimpunan Agung Umno yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13," katanya pada sidang akhbar di ruang legar Parlimen di sini hari ini.

"Seluruh peringkat kepimpinan jawatankuasa tertinggi Pemuda dan Puteri Umno bahagian-bahagian seluruh negara akan menghadiri program ini untuk mendengar amanat Presiden yang juga Perdana Menteri," katanya. 

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata Pemuda dan Puteri, selaku sayap muda UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menjalankan usaha meyakinkan generasi muda terhadap jasa dan perjuangan parti. 

"Ini sekali gus mengiktiraf Pemuda dan Puteri sebagai pemangkin transformasi kerajaan BN selain penterjemah suara orang muda di dalam keluarga UMNO," katanya. 

Beliau berkata, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turut hadir. 

No comments:

Post a Comment