My Add

Monday 21 November 2011

Najib akui tidak terkecuali jadi mangsa fitnah media sosial

ISNIN, 21 November, 2011:
DATUK Seri Najib Tun Razak berterus terang dan mengakui beliau sendiri tidak kerkecuali menjadi mangsa fitnah dan kepalsuan media sosial di negara ini.

Antaranya, kata Perdana Menteri, beliau dilaporkan melakukan tawaf secara berseorangan bersama rombongan sambil diiringi oleh pasukan keselamatan Arab Saudi ketika mengerjakan rukun haji baru-baru ini.

Disebabkan itu jemaah lain dihalang untuk melakukan ibadah berkenaan.

Semalam, Najib secara terbuka menceritakan perkara senenar yang berlaku sambil menyifatkan dakwaan tersebut bukan sahaja tidak benar dan tidak berasas malah ia satu fitnah yang amat besar.

''Saya pergi buat ibadah haji mendapat taraf tetamu diraja. Bukan kita minta tetapi ditawarkan oleh Raja Arab Saudi.

"Antara kemudahan diberikan, apabila kita melakukan tawaf ada beberapa anggota tentera menjaga keselamatan kita.

''Apabila keluar dalam media sosial, mereka padamkan jemaah haji yang lain, seolah-olah saya dikepung dan diberikan keistimewaan hingga jemaah lain tidak boleh tawaf kerana saya buat tawaf. 

"Ini satu kepalsuan dan fitnah besar,'' tegasnya.

Perdana Menteri menceritakan perkara tersebut semasa berucap melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, mereka yang melakukan fitnah itu langsung tidak takut kepada dosa-dosa besar ekoran daripada perubatan tersebut.

''Dosa besar mereka tidak takut, dosa kecil lagi mereka tidak takut,'' katanya lagi.

Begitu juga fitnah terhadap anak perempuannya yang dikatakan berbelanja di Perth ketika beliau menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), baru-baru ini.

''Walhal anak saya berada di negara lain untuk menjalankan pekerjaannya dan tidak ada di Perth,'' katanya.

Sungguhpun begitu, Najib percaya media sosial banyak memberi manfaat terutama dalam usaha merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

''Saya ada blog sendiri, Facebook dan Twitter sendiri. Kebanyakannya saya twit sendiri dan ada kala pegawai menjalankan tugas ini bagi pihak saya.

"Saya mahu berhubung dengan rakyat. Saya mahu meletakkan hati saya dengan rakyat,'' katanya.

Perdana Menteri lalu menceritakan bagaimana beliau menggunakan iPhone 4 untuk merakamkan mesejnya untuk rakyat Malaysia pada sambutan Aidiladha di Padang Arafah, baru-baru ini.

''Disebabkan urusan peribadi, tiada peruntukan jurukamera RTM dan TV3 untuk mengikut saya.

"Namun saya teringatkan dan rindukan rakyat Malaysia dan berhasrat untuk menyampaikan mesej Aidiladha kepada mereka.

''Akhirnya, saya terfikir untuk mengggunakan iPhone 4. Dengan iPhone 4, video dirakam dan ketika itu saya memakai ihram di Padang Arafah.

"Selepas selesai rakaman, ia dihantar menerusi e-mel dan kemudian disiarkan di RTM dan TV3. Gambarnya cukup jelas. Inilah manfaatnya kita gunakan teknologi baru,'' jelasnya.

No comments:

Post a Comment