My Add

Monday 14 November 2011

Nazri dedah ada menteri tidak setuju dengan projek PKFZ

ISNIN, 14 November, 2011: Setelah sembilan tahun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mendedahkan bahawa ramai anggota jemaah menteri yang tidak bersetuju dengan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada 2002.

Nazri yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur sebagai saksi ke-20 pendakwaan dalam kes Tun Dr Ling Liong Sik berkata, beliau sendiri ada membangkitkan keraguan dan berpandangan projek menelan belanja melebihi RM1 bilion itu berkemungkinan gagal.

Katanya, walaupun tidak membuat catitan pada mana-mana dokumen atau minit mesyuarat, beliau masih mengingati bahawa ramai menteri yang tidak bersetuju, tetapi akhirnya menyetujuinya kerana bimbang menjadi isu besar, lapor Bernama.

"Dalam mesyuarat, bila perkara ini (projek PKFZ) berbangkit, ramai kata projek ini berkemungkinan tidak akan berjaya. Pada ketika itu, kita tidak mahu masuk campur dalam perkara ini kerana harga tanah itu tinggi. Pada masa itu (2002), RM1 bilion itu besar.

"Ketika itu juga ada perasaan projek itu kemungkinan tidak berjaya, ramai juga rakan-rakan saya yang caution dan setuju perkara ini dilihat (diteliti), ia isu besar.

"Ramai yang tahu tanah itu dijual pada RM25 sekaki persegi (skp), sesiapapun jual akan mendapat untung besar,” katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Dr Liong Sik.

No comments:

Post a Comment