My Add

Wednesday 16 November 2011

NFC sendiri beri penjelasan isu pusat fidlot - Muhyiddin

RABU, 16 November, 2011: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, syarikat yang diterajui anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, perlu tampil memberi penjelasan berhubung isu membabitkan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Bernama melaporkan, Timbalan Perdana Menteri berkata, penjelasan itu perlu kerana pada masa ini, banyak perkara dan maklumat berkaitan NFC telah didedahkan dan ia menimbulkan persoalan kepada rakyat.

"Sekarang ini telah dijelaskan oleh kerajaan... mungkin satu peringkat, itu terserah kepada pihak yang terlibat untuk memberi penjelasan supaya kedudukannya lebih jelas difahami masyarakat.

“...(umpamanya) bagaimana isu itu timbul, bagaimana nak tangani, bagaimana soal situasi industri ternakan dan respons kepada Laporan Ketua Audit Negara... itu terserah kepada mereka,” katanya kepada pemberita semalam selepas diminta mengulas mengenai gesaan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, supaya Shahrizat meletak jawatan berikutan pembabitan ahli keluarganya dalam isu NFC.

Muhyiddin berkata, isu NFC itu telah dijelaskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar minggu lepas dan perkara itu sepatutnya diterima baik oleh pihak-pihak berkaitan. 

No comments:

Post a Comment