My Add

Tuesday 22 November 2011

Pas ucap tahniah kepada Harimau Muda

SELASA, 22 November, 2011:
PAS mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak negara bawah 23 tahun yang mempertahankan pingat emas dalam perlawanan bola sepak Sukan Sea 2011 di Jakarta, malam tadi.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kejayaan itu mengulangi kejayaan-kejayaan lepas.

Menurutnya, mutu permainan, semangat berpasukan dan motivasi yang cukup membolehkan skuad Harimau Muda mendapat kemenangan.

“Kita berharap prestasi ini dapat dipertingkatkan di masa hadapan bagi melayakkan Malaysia menyertai perlawanan di peringkat lebih tinggi.

“Tahniah juga kepada pasukan negara jiran Indonesia yang mendapat tempat kedua (pingat perak) dengan harapan persahabatan kita akan terus terjalin baik di masa hadapan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pasukan kebangsaan menewaskan Indonesia 4-3 menerusi tendangan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa 120 minit pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Pasukan tuan rumah mendahului 1-0 apabila Gunawan menanduk masuk pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra setengah jam kemudian. - Harakahdaily 
PEMAIN dan pegawai Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia. - Jurufoto Berita Harian

No comments:

Post a Comment