My Add

Tuesday 15 November 2011

Pemimpin APEC terima baik impak Model Baru Ekonomi

SELASA, 15 November, 2011: Para pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) menerima baik Model Baru Ekonomi (MBE) negara yang muncul sebagai satu perubahan kepada ekonomi Malaysia terutama dengan menjana peningkatan pelaburan asing sebanyak AS$60 bilion serta mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan dengan agak pantas.

Menurut Bernama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semasa perbincangan dengan pemimpin-pemimpin serantau ketika sidang kemuncak APEC di sini semalam, mereka telah menunjukkan minat dalam pendekatan menyeluruh Malaysia ke arah pembaharuan ekonomi yang berbeza daripada negara mereka.

"Negara lain buat pembaharuan dalam birokrasi masing-masing, tetapi kita jadikan pembaharuan itu sebahagian daripada satu gagasan yang besar berdasarkan MBE dan kita mempunyai perancangan jangka panjang selama tempoh 10 tahun,” kata beliau semasa mengulas pencapaian sidang kemuncak APEC 2011 yang berakhir semalam.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai program-program pembangunan ekonomi yang lebih terperinci.

"Walaupun negara-negara lain ada pembaharuan, tetapi tidak dikaitkan dengan satu gagasan keseluruhan sebagaimana yang kita lakukan di Malaysia,” kata Najib. 

No comments:

Post a Comment