My Add

Saturday 12 November 2011

Penarik beca pula bantah Guan Eng

SABTU, 12 November, 2011: Lalu lintas di sepanjang Jalan Penang sesak lebih sejam semalam, apabila sekumpulan 50 penarik beca pula berkumpul kerana tidak puas hati terhadap pentadbiran Lim Guan Eng yang didakwa meminggirkan kebajikan mereka..

Sebelum ini demontrasi yang sama dilakukan oleh sekumpulan belia bermotosikal sebagai membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri itu.   

Mereka menuntut supaya nasib mereka dibela oleh kerajaan negeri.

Perarakan selepas solat Jumaat. bermula di hadpan Hotel Cititel, Jalan Penang kawasan mereka berkumpul menunggu pelanggan setiap hari, bergerak menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri. 

Ramai antara mereka memakai baju T warna kuning tertera perkataan 'Selamatkan Pulau Pinang, LGE (Lim Guan Eng) Anti Melayu'. 

Mereka juga membawa pelbagai sepanduk, antaranya terpampang perkataan:  'Kami mahu perhentian beca', 'Mana kebajikan kami' dan 'Nasib penarik beca terpinggir', sambil  bermai-ramai melaungkan 'Lim Guan Eng penipu' dan 'Lim Guan Eng penindas'.

Tindakan mereka itu menyebabkan lalu lintas di sepanjang jalan terbabit sesak apabila orang ramai memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat sesutu yang berlaku.

Bagaimanapun, hasrat kumpulan tersebut untuk bertemu Guan Eng bagi menyerahkan memorandum tidak kesampaian setelah Setiausaha Agung DAP itu enggan melayan permintaan mereka.

Memorandum mereka, antara lain menuntut elaun sara hidup RM100 sebulan bagi penarik beca dan meminta krajaan negeri mengadakan perhentian beca do kawasan tumpuan pelancong.

No comments:

Post a Comment