My Add

Thursday 17 November 2011

Pendidik disaran dalami konsep 1Malaysia

Khamis, 17 November, 2011: Pendidik disaran mendalami dan mengamalkan konsep 1Malaysia serta menjadikannya sebahagian daripada kehidupan mereka.

Ketika membuat saranan itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Yee Moh Chai, berkata ini kerana peranan dan tanggungjawab pendidik khususnya guru sekolah amat penting dalam menyumbang ke arah pembangunan negara.

Katanya, ini termasuk melahirkan generasi muda yang berilmu dan berdaya saing serta mempunyai jati diri bangsa yang setia, lapoe Bernama.

Yee berkata, pendidik bukan saja wajib mempunyai ilmu pengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar setiap hari kepada murid tetapi juga mempunyai ilmu pengetahuan yang lain termasuk dasar kerajaan dan isu semasa.

"Ini penting, kerana tanpa kita faham suatu dasar kerajaan yang hendak dilaksanakan, kita tidak boleh memberi kefahaman kepada murid-murid termasuk konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya ketika berucap pada majlis perasmian program Bicara 1Malaysia (Sekolah Vernikular) anjuran Jabatan Penerangan Sabah, di Kota Kinabalu, hari ini.

Yee berkata, penganjuran program itu tepat pada masanya terutama membantu pendidik menambah sedikit sebanyak maklumat berkaitan konsep 1Malaysia yang antara lain mengutamakan perpaduan. 

No comments:

Post a Comment