My Add

Monday 21 November 2011

Pengerusi BN P. Pinang diumum dalam masa terdekat

ISNIN, 21 November, 2011:
TEKA-TEKI mengenai siapa bakal pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang bagi menggantikan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dijangka terjawab dalam masa terdekat.

Setiausaha BN negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, beliau difahamkan perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Beliau diminta mengulas kenyataan Tsu Koon, yang merupakan Presiden Gerakan, pada Khamis lepas bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ekoran itu, Tsu Koon dipercayai akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang.

Hilmi berkata, semua parti komponen akan menyokong siapa sahaja yang dipilih bagi menggantikan Tsu Koon.

"Kita (UMNO) tak pernah desak (untuk memegang jawatan itu), kita akan teruskan dengan apa yang kita amalkan sebelum ini,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment