My Add

Friday 18 November 2011

Pengurus Besar PKNS ‘kunci mulut’

Othman Omar
KHAMIS, 17 November, 2011: ‘‘Saya tidak boleh komen.’’ Itu jawapan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar ketika diminta mengulas isu gaji RM1.4 juta yang diterimanya dalam tempoh dua tahun.

Othman yang turut ditanya mengenai cadangan perbadanan itu membina pangsapuri serta kompleks perniagaan di tapak Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya dekat sini, memberi alasan beliau bukan orang yang sepatutnya membuat ulasan berhubung isu tersebut.

Bagaimanapun beliau yang ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini mengakui, perbadanan itu sedang dalam proses untuk bertemu penduduk setempat bagi menjelaskan pembangunan projek pangsapuri berkenaan.

Menurut Bernama, isu pembayaran gaji dan bonus Pengurus Besar PKNS hangat dibincangkan apabila Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman mempertikai dan menyifatkannya sebagai melampau dan tidak masuk akal.

Beliau berkata, pembayaran bonus tersebut dilihat tidak wajar kerana ia seolah-olah menunjukkan pengurusan kewangan yang tidak terkawal berbanding prestasi PKNS yang dikatakan tidak begitu memberangsangkan sebelum ini.

Ini kerana, katanya, berdasarkan perangkaan 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus berjumlah RM640,000, manakala RM760,000 pada tahun lalu.

No comments:

Post a Comment