My Add

Friday 18 November 2011

PM hormati keputusan Tsu Koon

JUMAAT, 18 November, 2011: Datuk Seri Najib Tun Razak menghormati keputusan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata, beliau telah dimaklumkan lebih awal mengenai perkara itu oleh Tsu Koon yang akan memberi tumpuan untuk mengukuhkan parti.

Katanya, Tsu Koon juga akan membantu kerajaan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai apa-apa keputusan dan isu yang diputuskan oleh kerajaan, lapor Utusan Malaysia.

''Saya hormati keputusan beliau dan percaya beliau boleh menyumbang kepada kekuatan Barisan Nasional (BN) dan Gerakan,'' katanya di Nusa Dua, Bali, petang semalam.

Beliau mengulas keputusan Tsu Koon hari ini yang mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. - utusan

Mengenai jawatan Pengerusi Gerakan Negeri dan Pengerusi BN Pulau Pinang yang disandang oleh Tsu Koon, beliau berkata perkara itu akan diputuskan kemudian.

No comments:

Post a Comment