My Add

Wednesday 16 November 2011

PM puas hati kejayaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan

NAJIB disambut kaum wanita Orang Asli Kampung Tanjung Sepat, ketika melancarkan Projek Lautan Biru Kebangsaan 3 , hari ini sambil diperhatikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kiri). - Foto Afendi Mohamed

RABU, 16 November, 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau berpuas hati dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan kerana banyak kejayaan yang dicapai, antaranya ialah lebih 40,000 anggota polis dapat menjalankan rondaan pada masa kini.


"Disebabkan strategi Blue Ocean (Lautan Biru) kita dapat tempatkan banduan-banduan di kem-kem tertentu dan mereka dapat menjalani sisa-sisa hukuman mereka itu dalam keadaan yang lebih selesa dan mereka dapat mengeluarkan hasil pertanian yang memberi keuntungan kepada mereka dan juga kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melakukan lawatan kerja Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan 3 di Perkampungan Orang Asli Tanjung Sepat dekat Baning, di hari ini, lapor Bernama.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, strategi Lautan Biru juga dapat mengurangkan kos pembinaan jalan luar bandar di Sarawak kepada hanya RM50 juta, dengan menggunakan kepakaran Angkatan Tentera Malaysia berbanding dengan RM250 juta jika pembinaannya dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya.

Projek penanaman hasil pertanian bernilai tinggi di bawah program Lautan Biru Kebangsaan seperti tembikai madu (rock melon) juga sedang diusahakan di tanah-tanah milik Angkatan Tentera Malaysia di Jelebu Negeri Sembilan dan Sepang di Selangor, katanya.

No comments:

Post a Comment