My Add

Sunday 20 November 2011

Projek alirkan air dan tebatan RM300 juta atasi banjir di Perlis

AHAD, 20 November, 2011
KERAJAAN Perlis sedang giat mengambil langkah perlu bagi mengatasi masalah banjir di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. 

Beliau berkata, antara langkah itu ialah projek mengalirkan air daripada empangan Timah Tasoh ke laut dan projek tebatan banjir Arau membabitkan kos lebih RM300 juta yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

"Kerajaan negeri tidak akan membiarkan rakyat menderita akibat banjir dan usaha berterusan dilakukan bagi menangani ancaman itu," katanya semasa berucap pada program Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bukit Kayangan Bersama Masyarakat di sini malam tadi.

Mengenai banjir yang diramalkan berlaku dalam tempoh terdekat ini, beliau berkata, kerajaan negeri membuat persediaan bagi menghadapi kemungkinan itu. 

Beliau berharap orang ramai turut bekerjasama dengan mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi banjir. 

Taman Bukit Kayangan yang terletak di pinggir bandar Kangar adalah antara lokasi yang teruk terjejas dalam kejadian banjir pada November 2010 dan Mac lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment