My Add

Tuesday 22 November 2011

Rais dapat kebenaran mulakan prosiding hina mahkamah

SELASA,22 November, 2011:
MENTERI Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi semalam untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap seorang penulis blog.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof meluluskan permohonan menteri itu bagi kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Amizudin Ahmat, berhubung penghakiman oleh mahkamah itu.

Peguam Azad Bashir yang mewakili Rais, memberitahu pemberita, Rais memfailkan permohonan itu terhadap penulis blog tersebut yang telah melanggar sebahagian perintah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah Rais dalam blognya.

Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Zabariah, dalam saman fitnah yang difailkan Rais terhadap Amizudin.

Pada 19 Julai, Rais memenangi saman itu dan penulis blog itu diperintah membayar ganti rugi RM300,000 kepada menteri itu. Hakim Zabariah juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment