My Add

Wednesday 16 November 2011

Rakaman pembunuhan Kennedy ditemui, dijual AS$500,000

RABU, 16 November, 2011: Audio rakaman daripada pesawat Air Force One selepas pembunuhan bekas presiden Amerika Syarikat (AS), John F Kennedy pada 1963 ditemui dan dijual pengedar dokumen sejarah Philadelphia, Raab Collection, hari ini. 

Raab Collection berkata, pita yang dipercayai hilang sejak berdekad lamanya mengandungi perbualan antara pesawat presiden, bilik situasi Rumah Putih dan beberapa lokasi lain susulan pembunuhan Kennedy.

Katanya, ia dinilai pada harga AS$500,000, lapor AFP.
Menurutnya lagi, rakaman itu adalah versi audio yang tidak disunting dan dihasilkan perpustakaan Presiden Lyndon Jackson, iaitu pengganti kepada Kennedy yang dibunuh pada 22 November 1963 

Antara kandungan rakaman audio berkenaan termasuk perbincangan langkah pengebumian mayat Kennedy, rancangan penempatan isteri bekas presiden AS itu, autopsi dan isu lain yang berkaitan. 

No comments:

Post a Comment