My Add

Monday 14 November 2011

Saman fitnah Taib terhadap Malaysiakini didengar 9 Jan

ISNIN, 14 November, 2011: Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Januari depan sebagai tarikh perbicaraan kes saman Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud terhadap portal berita Malaysiakini berhubung penerbitan artikel yang didakwa mengandungi perkataan memfitnah pemimpin itu.

Hakim Rosilah Yop menetapkan tarikh itu selepas bertemu peguam K. Shanmuga dan Fahri Azzat, yang mewakili Malaysiakini Dotcom, serta peguam Yee Mei Ken bagi Abdul Taib, dalam kamarnya hari ini.

Mei Ken ketika dihubungi berkata, tarikh itu ditetapkan selepas kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian di luar mahkamah, lapor Bernama.

Abdul Taib memfailkan saman itu setelah portal berita berkenaan menyiarkan 12 siri artikel dari 6 April hingga 3 Mei, 2007 yang didakwa memfitnah beliau serta menamakan Mkini Dotcom dan ketua pengarang Malaysiakini, Gan Diong Keng, juga dikenali sebagai Steven Gan, sebagai defendan.

Beliau memohon ganti rugi akibat kemudaratan teruk, faedah, kos dan relif lain difikirkan munasabah oleh mahkamah. 

No comments:

Post a Comment