My Add

Thursday 17 November 2011

Sekolah diarah segera pulangkan potongan wang bantuan

KHAMIS, 17 November, 2011: Sebuah sekolah rendah di Keramat, Kuala Lumpur yang didakwa memotong RM50 daripada wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan kerajaan kepada pelajar diarah memulangkannya dengan segera.

Bernama melaporkan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Datuk Khairil Awang telah menghubungi guru besar sekolah berkenaan semalam, bersetuju  memansuhkan pemotongan dan segera mengembalikannya. 

"Apabila mengetahui hal itu, dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, saya terus menghubungi pihak sekolah untuk segera mengembalikan wang bantuan itu,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi Wilayah Persekutuan, hari ini.

"Tidak boleh sesiapa pun, mahupun guru besar sekolah membuat potongan wang bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk pelajar,” katanya. 

No comments:

Post a Comment