My Add

Sunday 20 November 2011

Seragam fatwa perlu dilakukan

AHAD, 20 November, 2011:
FATWA yang berbeza berhubung sesuatu perkara atau isu di negeri-negeri menyebabkan ia sukar dikuatkuasakan di kalangan orang Islam.

Mufti Terengganu, Datuk Dr. Alias Abdullah berkata, usaha perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk menyeragamkan pengeluaran fatwa bagi mengelak kecelaruan fahaman di kalangan umat Islam.

Beliau turut menarik perhatian perlunya ahli jawatankuasa fatwa untuk didedahkan dengan persekitaran baru supaya segala keputusan yang dibuat sesuai dengan perkembangan semasa, lapor Mingguan Malaysia.

“Institusi fatwa perlu memainkan peranan sewajarnya sebagai salah satu sumber rujukan bagi umat Islam yang memberi penjelasan kepada mereka dari perspektif hukum syarak tentang sesuatu isu yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kertas kerja bertajuk `Institusi Fatwa dan Cabaran Semasa’ yang dibentangkan dalam Seminar Perundangan Islam Dalam Masyarakat Kontemporari di Universiti Sultan Zainal Aibdin (UniSZA) di Kuala Terengganu, semalam.

Seminar dua hari yang bermula semalam dianjurkan oleh Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA.

Menurut Alias, tiadanya penyeragaman fatwa di antara negeri-negeri merupakan salah satu cabaran semasa yang perlu dihadapi selain sikap umat Islam sendiri yang agak sukar menerima sesuatu fatwa yang dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment