My Add

Tuesday 22 November 2011

SPR harap pilihan raya umum ke-13 diadakan serentak

SELASA, 22 November, 2011:
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) berharap pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen semua negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak diadakan serentak.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, beliau akan menemui para pemimpin politik parti pakatan Parti Keadilan Rakyat-DAP-Pas yang memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan berhubung pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, pertemuan itu bertujuan menerangkan kebaikan pilihan raya peringkat DUN dan Parlimen diadakan serentak antaranya bagi menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga kerana prosesnya sama.

"Walaupun undang-undang membenarkan pilihan raya umum DUN dan Parlimen diadakan berasingan tetapi SPR lebih suka diadakan serentak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis taklimat untuk pengurus dan penolong pegawai pengurus bagi persiapan PRU-13 peringkat negeri Kedah di Ungai Petani, hari ini.

Beliau berkata, SPR bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-13 berlangsung tahun ini atau tahun depan.

Kerajaan Persekutuan mempunyai mandat sehingga 27 April 2013. Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada April lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment