My Add

Sunday 13 November 2011

Suara bantahan di Malaysia petanda demokrasi matang

AHAD, 13 November, 2011: Suara-suara bantahan oleh pelbagai kumpulan di Malaysia merupakan petanda sebuah ekonomi yang matang tetapi mereka perlu bertanggungjawab dan mematuhi peraturan undang-undang dalam menyuarakan bantahan mereka secara terbuka, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menyangkal pendapat bahawa suara-suara bantahan sedemikian, yang nampaknya bertentangan antara satu sama lain meniru apa yang berlaku di dunia Arab, beliau berkata, Malaysia tidak menyekat bantahan.

Sebaliknya, ia menyediakan demokrasi matang yang membenarkan suara-suara bantahan disalurkan menerusi proses politik, kata Najib semasa sesi soal jawab selepas menyampaikan ucapan bertajuk Global Movement of the Moderates di East-West Center di Honolulu, pada Sabtu, lapor Bernama.

Menyentuh mengenai ekonomi, beliau berkata, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan unjuran pertumbuhan 5-6 peratus setiap tahun, akan membantu negara mengurangkan hutang nasionalnya tahun demi tahun.

Beliau juga berkata China perlu dilihat sebagai satu peluang untuk meningkatkan bahagian pasaran dan bukan sebagai ancaman kerana pertumbuhan dan penguasaan ekonominya tidak dapat dielakkan.

"Cara yang terbaik adalah melibatkan China,” kata beliau dengan menyebut jumlah penduduk negara itu seramai empat bilion menawarkan peluang besar sebagai sebuah pasaran pengguna.

No comments:

Post a Comment