My Add

Tuesday 22 November 2011

Sukan SEA: Malaysia kekal emas bola sepak


PEMAIN Malaysia, Asraruddin Putra Omar cuba melepasi dua pemain Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia, sebentar tadi. Malaysia kekal emas selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti. - Foto Imran Makhzan

SELASA, 22 November, 211: 
MALAYSIA menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi untuk mengekalkan pingat emas. 

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan 30 minit.

Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.

Sementara itu Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Malaysia atas kejayaan itu.

"Syabas dan tahniah pasukan Malaysia! Saya dan rakyat sungguh gembira. Mereka telah bermain penuh semangat," kata Perdana Mwnteri dalam mesej Twitter sebentar tadi.

Kira-kira 500 peminat bola sepak negara membanjiri Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang. bagi menyambut ketibaan skuad Harimau Muda pada kira-kira jam 8 pagi tadi.





PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia, sebentar tadi. Harimau Muda menang 4-3 pada penentuan penalti selepas perlawanan terikat 1-1. - Foto EPA

No comments:

Post a Comment