My Add

Saturday 19 November 2011

Tangani kenaikan kos sara hidup jadi agenda utama: TPM

SABTU, 19 November, 2011: Kenaikan kos sara hidup akan terus menjadi agenda utama yang akan ditangani sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menambah baik tahap hidup rakyat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan telah pun menyusun perancangan untuk melihat matlamat itu dicapai, lapor Bernama

Beliau berkata belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi tumpuan kepada peningkatan tahap hidup rakyat dan meringankan beban kewangan mereka membuktikan sikap prihatin kerajaan yang memerintah.

"Bagaimanapun di sebalik pelbagai usaha kerajaan untuk membawa pembangunan kepada rakyat selama bertahun-tahun, kami masih dituduh berbohong oleh pembangkang,” kata beliau pada majlis bertemu rakyat di Kampung Sungai Labuan, hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan tidak bimbang dengan tuduhan pembangkang itu memandangkan rakyat secara keseluruhannya amat menyedari prestasi kerajaan BN.

Beliau berkata tidak seperti di negara lain, Malaysia masih dianggap sebagai sebuah negara prihatin yang mempunyai skim bantuan kewangan kepada rakyatnya.

Beliau merujuk kepada bantuan kewangan bagi para pelajar selain isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat. 

No comments:

Post a Comment