My Add

Saturday 19 November 2011

Terengganu beri perhatian bantu sekolah luar bandar

SABU, 19 November, 2011: Kerajaan negeri Terengganu akan memberi tumpuan lebih serius untuk membantu sekolah luar bandar bagi merapatkan jurang di antara sekolah berkenaan dengan sekolah di bandar. 

Menurut Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata kerajaan negeri akan meneliti sebarang keperluan atau kemudahan yang perlu ditambah kepada sekolah-sekolah luar bandar.

Sekolah luar bandar menunjukkan peningkatan dan menghasilkan kejayaan begitu cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 baru-baru ini, katanya.

"Siapa sangka Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun di Hulu Terengganu dan SK Kampung Baharu Tok Dor (Besut), muncul antara sekolah terbaik luar bandar di Terengganu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) 2011 Zon Timur di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), hari ini. 

Katanya, kerajaan negeri juga bercadang meningkatkan taraf pendidikan di negeri itu seperti menubuhkan lebih banyak Sekolah Imtiaz dan Sekolah Elit untuk memberi peluang kepada anak-anak Terengganu belajar dengan lebih baik. 

No comments:

Post a Comment