My Add

Friday 18 November 2011

Tindakan Teresa Kok agih daging korban dipertikai

Teresa Kok
KHAMIS, 17 November, 2011: Beberapa blog mempertikai tindakan tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengagihkan sendiri daging korban kepada masyarakat Islam baru-baru ini.

Menurut blog itu, walaupun secara hukumnya perbuatan Teresa mengagihkan daging korban itu tidak haram, tetapi ia boleh mengundang ketidakselesaan kepada umat Islam.

Gambar yang memaparkan aksi Teresa itu kini didedahkan beberapa blog antaranya,http://novandri.blogspot.com dan http://klxpress.- blogspot.com.

Bagaimanapun, blog-blog tersebut tidak pula menjelaskan bila dan di mana gambar Teresa itu dirakamkan.

Sementara itu, blog klxpress mempersoalkan apakah sudah tiada orang Islam yang hendak mengagihkan daging korban sehingga memaksa tugas itu diambil alih oleh Teresa.

"Kemaruk sangatkah orang Islam sehingga kena terima daging daripada bukan Islam. Apakah sudah tiada lagi orang Islam dalam pakatan pembangkang," kata blog klxpress.

No comments:

Post a Comment