My Add

Thursday 17 November 2011

Tony Pua berniat jahat – Ismail Sabri

http://3.bp.blogspot.com/-5-n2TvYgN1Y/TrTkbOr6owI/AAAAAAAAEpw/jXTisEG9xFA/s1600/ismail.jpg
Ismail Sabri
Oleh SOFIAN BAHAROM dan MD. AZRIN ROSLY

KHAMIS, 17 November, 2011: Tindakan berterusan Tony Pua memburuk-burukkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dilihat sebagai niat jahat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu demi kepentingan politik pembangkang.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, sambil menempelak agenda kotor itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, persepsi yang cuba diwujudkan Setiausaha Publisiti DAP itu konon beliau prihatin terhadap kebajikan rakyat adalah palsu dan tidak ikhlas.

“Sekiranya ahli DAP itu jujur, dia boleh berjumpa dengan kita untuk berbincang dan memberi cadangan terutama kepada Mydin bagi tujuan penambahbaikan.

“Namun mereka tidak berminat untuk membantu rakyat. Apa yang dia mahu lakukan adalah menutup kedai itu dan menggambarkan Barisan Nasional (BN) sama dengan barang naik dan kerajaan gagal memberi harga yang murah kepada rakyat. Itu yang dia hendak, bukan nak jaga kepentingan rakyat.

“Kalau boleh, dia hendak semua harga barang di negara ini tinggi supaya mereka boleh mempolitikkan isu harga barang. Itu sahaja agenda mereka,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Gerakan Pengguna Siswa (GPS) di Universiti Malaya (UM) di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau mengulas dakwaan Tony, harga dan kualiti produk KR1M tidak seperti yang digambarkan.

Namun dakwaan itu ditepis Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin yang menyifatkan perbandingan harga yang dilakukan ahli Parlimen pembangkang terhadap produk KR1M itu adalah palsu dan bertujuan mengaburi mata rakyat semata-mata.

Terbaru, Tony mendakwa kandungan susu formula bayi yang dijual di KR1M telah melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Tambah Ismail Sabri, pembangkang juga boleh membantu mengurangkan beban pengguna dengan berbincang dan meminta kedai makan menurunkan harga seperti yang dilakukan kerajaan dalam Program Menu Rakyat 1Malaysia.

“Mereka boleh meminta kerajaan negeri pembangkang menurunkan kadar sewa restoran atau kedai makan milik majlis perbandaran supaya peniaga dapat menjual dengan lebih murah. Banyak cara boleh dilakukan, namun mereka hanya tahu menyalahkan apa yang dilakukan oleh kerajaan.

“Pembangkang seperti cacing kepanasan kerana inisiatif yang diambil oleh kerajaan telah berjaya menarik minat pengguna seperti KR1M dan Menu Rakyat 1 Malaysia bagi mengurangkan beban rakyat,” jelasnya.

Katanya, jika Tony jujur bagi menjaga kebajikan rakyat, buat ujian kepada semua produk tanpa jenama lain yang terdapat banyak di pasaran, bukan hanya di KR1M.

“Kalau dia benar-benar jujur untuk kepentingan pengguna, banyak lagi produk generik yang dikeluarkan pasar raya asing di negara ini. Kenapa tidak periksa di Carrefour, Giant, Tesco, Jusco, mereka juga ada produk generik yang dijual murah. Kenapa dia tidak pergi periksa?

“Selepas ini saya tidak mahu lagi melayan apa yang dilakukan Tony. Lebih baik tanya kepada pengguna sama ada KR1M membawa manfaat dan kebaikan kepada mereka atau tidak,’’ katanya.

No comments:

Post a Comment