My Add

Sunday 13 November 2011

TPP: Penyelesaian perjanjian umum FTA pada Julai 2012

AHAD, 13 November, 2011: Sembilan pemimpin Perkongsian Trans Pasifik (TPP) bersetuju perjanjian umum teks bagi perjanjian perdagangan bebas (FTA) diselesaikan pada Julai 2012.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, yang membuat pengumuman itu di Honolulu semalam, selepas menganjurkan mesyuarat pemimpin TPP yang julung-julung kalinya diadakan berkata, perjanjian itu akan menjamin kemakmuran bagi rantau ini dengan meningkatkan perdagangan dan pelaburan dengan lebih meluas lagi serta merangsang eksport dan mewujudkan peluang kerja dalam ekonomi anggota.

Bernama melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam reaksi segera beliau kepada perkara itu berkata, untuk memenuhi tempoh akhir mesyuarat tersebut memerlukan usaha yang amat besar dan hala tuju yang sangat jelas perlu diberikan kepada para perunding dan sumber-sumber dari segi keperluan belanjawan.

"Ini penting bagi memastikan proses akan mempunyai momentum yang mencukupi untuk mencapai tempoh akhir 2012,” kata beliau kepada pemberita Malaysia sejurus selepas menghadiri mesyuarat itu.

"Saya menekankan dalam pendapat saya bahawa beberapa perkataan operatif penting termasuk fleksibel, realistik dalam mengambil kira keperluan domestik kita, tahap pembangunan yang berbeza dan tahap keutamaan domestik yang berbeza.

"Ini merupakan perkara yang sangat penting untuk disedari sembilan negara anggota dalam usaha mencapai dan mempercepatkan jadual program,” kata Najib yang menyifatkan tempoh akhir Julai 2012 sebagai satu yang agak mencabar tetapi mampu dicapai.

No comments:

Post a Comment