My Add

Thursday 17 November 2011

Tsu Koon tidak tanding pilihan raya umum akan datang


Koh Tsu Koon
KHAMIS, 17 November, 2011: Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, sebentar tadi mengumumkan beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini, Dr Koh berkata keputusan itu bagi memberi peluang kepada barisan pemimpin pelapis Gerakan mewakili parti dalam pilihan raya.

"Ia juga sebagai strategi transformasi Gerakan iaitu 'Bergerak bersama rakyat'," katanya sambil menambah keputusan itu dibuat tanpa paksaan dan sudah disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan media, Dr Koh, 62, berkata beliau akan memberi tumpuan kepada usaha merangka strategi, memperkukuh jentera parti, menentukan senarai calon dan mengatur publisiti untuk memastikan kemenangan mereka. 

"Saya mahu berkempen untuk calon kami menang berbanding memberi tumpuan untuk memenangi kerusi untuk diri saya saja," katanya.

No comments:

Post a Comment