My Add

Wednesday 16 November 2011

Ucapan Sultan Kelantan yang tersurat dan yang tersirat...


RABU, 16 November, 2011: Jelas, Sultan Kelantan bimbang dengan iklim tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti-establishment dalam masyarakat sekarang.
Sultan Mohamad V

Keluhan Sultan Mohamad V tempoh hari, wajar diambil ingatan dan dijadikan iktibar oleh rakyat sekelian.

Nyata sekali kandungan ucapan baginda  kesinambungan sentuhan hati dan perasaan  yang pernah diluahkan sebelum ini oleh Sultan Selangor, Sultan Perak, Sultan Pahang dan Sultan Johor. 

Inilah ucapan sulungn Sultan Mohamad V, selaku raja yang baru. Begitu menyentuh kalbu. Banyak terselit makna tersirat untuk direnungi dan diambil ingatan oleh rakyat, oleh semua pihak, terutama parti-parti politik dan para pemimpinnya, betapa rakus anasir-anasir terbabit bergerak dan cuba mengubah landskap kehidupan kita yang harmoni dan damai selama ini.

Lebih jauh, kandungan ucapan Sultan Mohamad V mengingat dan memulihkan kesedaran kita supaya sentiasa berwaspada, berhati-hati dan peka terhadap anasir-anasir terbabit.

Baginda melebelkan anasir-anasir terbabit bukan sahaja cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai, malah kebelakangan ini mereka itu menampilkan sikap buat-buat lupa fakta sejarah ‘kontrak sosial’ yang telah dipersetujui bersama dengan mencetuskan isu-isu berkaitan agama Islam.

Dengan kata lain. baginda tampil untuk menyedarkan mereka itu jangan mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan Bahasa Melayu dan banyak yang lain lagi sebagai modal 'politik' bagi meraih kepentingan diri dan kumpulan.

Nampak terserlah ketegasan baginda menzahirkan amaran dan peringatan kepada semua pihak, jangan bermain api.

Baginda secara terbuka mengingatkan mereka yang tebabit supaya menghentikan sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat dan negara. 

Baginda sentiasa sedar perubahan iklim dunia boleh mengakibatkan pemanasan global, bencana alam dan pertumbuhan ekonomi dunia yang semakin suram.

Baginda khuatir krisis hutang negara-negara Eropah sudah tentu memberi kesan tidak baik kepada ekonomi di banyak negara.

Kepada baginda, semua fenomena ini memberi implikasi kepada ekonomi negara dan negeri. Kesannya sudah tentu turut dirasai oleh rakyat negeri Kelantan.

Harapan tinggi baginda kepada semua pihak supaya menggemblengkan tenaga dan bekerjasama demi memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dicapai pada kadar yang baik.

Sambil itu, baginda mengajak rakyat bangkit mencapai pendekatan serta penyelesaian yang inovatif ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan sejagat.

No comments:

Post a Comment