My Add

Friday 18 November 2011

UMNO Sabah hantar lebih 600 perwakilan

Musa Aman
JUMAAT, 18 November, 2011: Lebih 600 anggota perwakilan dari Sabah akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO   di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara selama lima hari, mulai Selasa 29 November ini. 

Ketika mengumumkannya, Ketua Menteri selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Musa Aman, berkata kumpulan perwakilan itu yang terbesar berbanding sebelum ini, lapor Bernama.

"Saya meminta kepada semua ketua bahagian UMNO supaya sentiasa mengemas kini jentera masing-masing bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Walaupun kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan, namun parti kita khususnya UMNO perlu membuat persediaan awal supaya kita sentiasa berada dalam keadaan siap sedia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Sabah di kota Kinabalu. 

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak. 

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata, turut dibincangkan malam tadi  berkaitan  persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Belanjawan Negeri 2012.  

Bajet kali memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat dan kita mengambil kira pandangan daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga penjawat awam," katanya. 

No comments:

Post a Comment